Hostgator.com

Friday, January 3, 2014

Kisah Hidup Ku Dengan Kakak Hjh. Zaibidah (Ringkasan) 1970 - 1980


KISAH HIDUP KU DENGAN KAKAK  HJH. ZAIBIDAH (Ringkasan)
1970 - 1980
Satelah ibu kami meninggal dunia tahun 1955 melahir anak bongsu Ab.Ghani kehidupan kami melarat dan berpecah. Saya mengikuti abang-abang berpindah ke Bt. Besi, Dungun. Di situlah mula mengenal berus dan ubat gigi. Dan bermulalah pendedahan kapada dunia modern. Ketika itu B. Besi ada lah sebuah daerah autonomi ia itu pemerentahan sendiri dilindunggi dibawah undang undang negara, dengan ada provision store, cinama, clubs, zoo sendiri, dan sebagainya. Pekerjanya segelintir British dan luar daripada Terengganu tetapi kebanyakkan nya Bumiputra tempatan. Ia merupakan punca pendapatan Negeri Terengganu terbesar dan kalau sekarang boleh dibandingkan hasil minyak Petronas.

Pada tahun 1958 saya balik dan sambung belajar di K.Terengganu memasuki sekolah arab Sekolah Sultan Zainal Abidin.
Pada 1963 menduduki pepereksaan L.C.E. sama sekarang dengan S.R.P. dan tahun sama menggambil pepereksaan Arab daripada sekolah rendah ibtidai ke sanawi menenggah di Sultan Zainal Abidin Batu Buruk – kedua dua nya cemerlang.
Selama lebeh kurang 3 tahun kami bergantung kapada bantuan kewangan dari  arwah Abang Ahmad Shukri – saya, Ab.Rahman dan bapa kami Hj. Ibrahim sebanyak RM250/ sebulan berbagi tiga.

Pada 1963 bantuan tersebut tamat. Dan pada tahun 1964 berhijrah ke K.Lumpur dan tinggal bersama Abang Shamsuddin – dan belajar di Loh Institute dan malam di sekolah Maxwell, sempat menduduki pepereksaan Senior Cambridge Certificate pada tahun 1966 - iaitu pepereksaan terakhir dan kemudian ditukar kapada Malaysia Certificate of Education dan akhirnya Sijil Pelajaran Malaysia SPM.

Saya terpaksa meninggal persekolahan kerana menghadapi masaelah kewangan. Shamsuddin bermasaalah dengan keluarganya dengan tanggong-jawab sebagai seorang bapa kapada empat orang anak di Kuantan dan satu dikampong. Saya terpaksa mencari pekerjaan. Kerja pertama sebagai pelayan pejabat di Commercial Union insurance selama 2 bulan dan kemudian sebagai proof reader kapada penulis Dato' Abdullah Hussain selama tiga bulan dan akhirnya di pej. E.P.F. atau KWSP 1965 sehingga 1980.

Pada 1970, Bt. Besi Dungun syarikat Eastern Mining Metal Company or EMMCO dimana arwah Khalid bekerja di tutup. Dengan penutupan itu saya mengambil keputusan menjeput Zabidah tinggal bersama, disertai dengan anak anak nya Rothiah, Rosli dan Zalina. Dan suaminya Khalid berniaga dengan Abang Shafie di Terengganu. Ketika itu dia sedang mengandong Robita dan kami tinggal di section 14, P.Jaya satelah kawan kawan saya terpaksa keluar. Dan diikuti bersama arwah Siti Aishah, Mohd. Dan Ab.Ghani. 

Di section 14 PJ. Kami menyewa rumah sehingga berpindah ke- rumah sendiri di SS 2/6 satelah saya layak mendapat pinjaman rumah sebagai kaki tanggan EPF.


Mengenangkan dia – Zaibidah sering menghadapi kesukaran bersalin saya buat keputusan mengambil abang Khalid dan bawa ke KL. Dan lahir lah Robita di university hospital.
Khalid mendapat pekerjaan dengan Sy. Guthri di Kelang buat seketika. Dan kemudian dengan United Manufacturers section 16. Dan di hadapan factory U.Manufacturers bertapaklah satu gerai makan diusahakan oleh Zabidah. Saya berulang alik ke pejabat EPF – pagi menghantarnya dan balik mengambilnya dan singgah di pasar Sea Park membeli barang barang untuk persediaan perniagaan keesokkan hari. Satelah beberapa tahun berniga gerai makan, kemudian berniaga membuat kueh-mueh kering saperti buah-hulu dan sebagainya sehingga kehari ini.

Oh ya – lebeh kurang satu tahun lebeh satelah Zabidah berhijrah ke KL dia mula berniaga dipasar malam di PJ old town menjual kain batik dari Terengganu dan kain kain pelikat di ambil dari pemborong jalan Masjid India. Dan waktu itu lah saya dengan kebetulan menemui sahabat bernama Faiz dan dia lah menjual gerai di Jln. Masjid India tetapi tidak lama kerana kedai tersebut bermasaelah.
Tidak boleh dinapikan sesaorang itu memerlukan PELAJARAN dan ianya adalah asas dalam mencari kehidupan yang jitu. Tetapi tampa pelajaran dan dengan pengelaman dan pendedahan yang betul ianya boleh jadi maju. Begitulah dengan  kakak saya Zabidah. Dia seorang yang bekerja kuat dan berminat berniaga, sifat sifat nya bersamaan dengan ibu kami Siti Aminah. Apa yang perlu diberi PENDEDAHAN yang betul dan PENGALAMAN.
Saya membawanya ke KL dan didedahkan dengan keadaan sekitar KL dan PJ. Saya kira kerana itu ia menjadi maju.
Saya tidak boleh bayangkan bagaimana kehidupannya satelah Bt. Besi ditutup dan pulang balik kekampong.
Walau bagaimanapun tidak dipersoal lagi nasib baik menjembelahi nya dan rizeki nya melimpah. Assetsnya sudah mencecah jutaan ringgit. Apa tidaknya! rumah di Kelana Jaya nilainya setengah juta sekarang, di Pandan Maran Kelang RM600/ ribu, apartment Shah Alam RM200/ribu lebeh, Bagan Dalam RM200/ ribu lebeh dan yang terkini di Puncak Perdana tiga tingkat rumah kedai RM600/ ribu lebeh. Harta harta tersebut tidak boleh miliki tampa kerjasama dan pertulunggan anaknya Zalina dan tunjuk-ajar suaminya Dr.Yahya, terutama rumah kedai tiga tingkat Puncak Perdana, rumah perangginan diBagan Dalam dan apartment di Shah Alam. Ini kerana bukan senang mendapat pinjaman dari pehak Bank membiayai pinjaman untuk belian harta harta tersebut. Kerana Bank memerlukan bukti pendapatan peminjam dan jaminan kuat peminjam dan kedua dua Zalina dan suaminya memain peranan penting dalam pembelian harta harta tersebut.
Alhamdullillah hari ini anak anak nya semua berada didalam gulunggan orang orang berada.
Saya mengatakan bernasib baik kerana rumah tersebut di Kelana Jaya pada mulanya saya buat booking RM500/ ia berlaku pada hari saya menerima gaji dan terbaca berita projek rumah di Taman Subang, ketika itu namanya T.Subang, akan dibina oleh PKNS – tetapi terbuka kapada pembeli yang berkahwin sahaja dengan harga RM18,000, tetapi bila waktu tanda tangan perjanjian jual - beli ianya naik RM26,500/. Jadi saya ambil kad pengenalan arwah Khalid dan dengan serta merta buat booking dengen tujuan untuk menjual booking. Kerana waktu itu banyak orang membuat duit dengan hanya menjual booking di antara RM2,000 – RM4,000 bergantung pada tempat dan harga. Satelah berfikir panjang saya membuat keputusan meminta kakak Zabidah memulang balik RM500/ kapada saya dan teruskan beliannya. Saya bujang dan tidak banyak berfikir tentang akan datang “Futures”– dapat duit belanja dan joli itu sahaja yang saya kenal ketika itu. Balik rumah pukul satu dua malam melihat anak anak saudara dan adik adik berkelempanggan tidur, dan ini menguatkan azam saya memberikannya.Kenyataan ini bukan mahu unkit mengukit, dan itulah factornya. Harap jangan tersilap anggapan.

Oh satu flat dewan bandar raya di pinggir Bangsar kita dapat satu dan saya sempat tinggal disana dan dasar DBKL sama PKNS - orang orang bujan tidak layak memiliki. Oleh kerana tuan punya nama Khalid tidak menduduki - DBKL ambil balik.
Walau bagai mana pun hidup saya dengan kakak saya bagai aur dengan tebing ketika kami hidup bersama selama 10 tahun – saya sendiri tidak boleh maju tampanya dan begitu juga dia. Dan anak anaknya diantara anak sauadar yang saya sayang dan kaseh sekali, -  maklumlah lama hidup bersama.
Perkara yang menjadi renunggan saya hingga hari kenapa adik beradik lelaki berakhir dengan zero asset "kosong" pada hal abang Shamsuddin pada tahun 1964 sebagai senior draftman dengan Conzinc Riotinto sudah bergaji RM1000/ lebeh tampa kelulusan apa apa pun not even LCE atau SRP hanya dengan penggalaman, dan dia waktu itu membawa kereta sunbeam alphine open air. Zaman itu gaji kerani kerajaan scalenya RM137.50 dan di bank RM220/ all-in. Apa kah nasib keturunan rizeki memain peranan??? Memang tidak dinapikan pengaruh keturunan bermain peranan besar dalam hidup kita. Rasullullah berpesan salah satunya KETURUNAN, bila kita memilih judoh, “Bapak Burek Anak Rintek” Ini kerana ayah saya sendiri bila meninggal dunia tiada sekeping bidang tanah pun tinggal – pada hal waktu muda arwah di antara terbanyak harta di Kampung. Dan Abang Ahmad Shukri sendiri pun tidak banyak peninggalan nya, pada hal berpendapatan RM25/ ribu satu bulan.
Apa kah rahsia mu ya Allah??
Sila click
disini untuk hantar email kesaya.



P.S.
When FREE please visit me here and help me in my marketing efforts by spreading your word around
to maximize my affiliate marketing business.
http://www.abdullah-online.com
http://www.abdul-marketing.com
http://www.cpa-tips.com
http://www.abdullah-online.com/blog
http://www.abdul-marketing.com/blog
http://www.cpa-tips.com/blog
Facebook:
http://facebook.com/abdullah.abibiz
Twitter:
twitter.com/abhi46
LinkedIn:
http://tinyurl.com/8s5jv3j

No comments:

Post a Comment